Tekan Habis Podcast
Podkas dalam Bahasa Malaysia yang membawa perhatian anda kepada isu-isu automotif. Podkas Tekan Habis dibawakan Thoriq Azmi (Pengarang Kanan Caricarz.my), Irzal Kamal dan Aiman Shuhaimi. Di dalam podkas ini, kami “tekan habis” pelbagai isu berkaitan produk-produk baharu, industri automotif, kepenggunaan dan teknologi terkini.
Podkas Tekan Habis diterbitkan oleh Irzal Kamal bersama hos-hos anda, dan dirakam di Impressions Digital Content Center di Cyberjaya.
Episodes

Jun 3, 2025
Jun 3, 2025
1hr 38 min
Bermula sebagai pekerja di syarikat detailing besar, kini menjadi pemilik kecilan, Ibrahim ceritakan pengalaman dan cabaran membuka kedai cuci kereta, serta tips-tips membersihkan kereta anda di rumah!
Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#podcast #tekanhabispodcast #carwash

May 27, 2025
May 27, 2025
1hr 33 min
Kalau beli EV sekarang, apa akan jadi pada bateri anda selepas 10, 15, 20 tahun? Ada satu syarikat Jerman yang sekarang tidak lagi ingin dikenali sebagai syarikat kereta, tapi syarikat teknologi mobiliti. Biar mereka terangkan!
Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#podcast #tekanhabispodcast #EV #battery #BMW #electriccars

May 20, 2025
May 20, 2025
1hr 22 min
Teknologi penjanaan hidrogen sebesar bateri kereta dilancarkan oleh Rebooz. Rupanya anak Malaysia sendiri boleh keluarkan teknologi ini, semua dirungkai oleh Tanaka dan Ariel di dalam episod kali ini!
Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#podcast #tekanhabispodcast #hydrogen #newenergy #hydrogencars

May 13, 2025
May 13, 2025
1hr 4 min
Episod ini dirakam di Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung sehingga 15 Mei!
Kami teruja dengan soalan-soalan hebat dari peminat yang hadir! Rupanya ramai yang sayangkan industri automotif tempatan!
Tidak lupa Uncle Chips Yap kerana sudi bersama kami. Dah dapatkan tiket ke Malaysia Autoshow 2025?: Layari www.autoshow.my
Terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang hadiah untuk penonton kami!Audi
BMW
Chery
GAC Motors
GWM
MG
Proton
Royal Enfield
TQ Wuling
#podcast #tekanhabispodcast #MAS2025

May 6, 2025
May 6, 2025
1hr 11 min
Apa itu sewa beli? Bagaimana pinjaman bank untuk membeli kereta boleh bawa impak pada hidup anda?
Tetamu khas yang tidak asing lagi dalam bidang kewangan! Faiz Azmi, lebih dikenali sebagai Financial Faiz hadir di studio Tekan Habis untuk memberi pencerahan tentang literasi kewangan bagi pembeli kereta dan motosikal!
Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
Dah dapatkan tiket ke Malaysia Autoshow 2025?: Layari www.autoshow.my
#podcast #tekanhabis #ev #proton #emas #MAS2025

Apr 29, 2025
Apr 29, 2025
1hr 22 min
Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton hadir sebagai bos jenama kereta pertama di studio Tekan Habis!
Kami bincang tentang cabaran bersaing dengan jenama China, pembangunan vendor, eksport dan juga legasi Proton R3.
Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
Dah dapatkan tiket ke Malaysia Autoshow 2025?: Layari www.autoshow.my
#podcast #tekanhabis #ev #proton #emas #MAS2025

Apr 22, 2025
Apr 22, 2025
1hr 25 min
Episod Q&A kembali! Kami bincang cukai kenderaan, faedah motosikal, isu sukan permotoran dan banyak lagi!
Kali ini soalan yang terpilih memenangi satu tiket ke Malaysia Autoshow 2025! Jika anda nampak nama anda tertera di skrin, hantar email ke info@tekanhabis.my untuk dapatkan tiket percuma anda!
Malaysia Autoshow 2025: Layari www.autoshow.my
#podcast #tekanhabis #ev #motorcycle #tax #bmw #MAS2025

Apr 15, 2025
Apr 15, 2025
1hr 27 min
Betul, kes lori selalu viral. Tapi, bagus juga kita fahami apa yang abang lori nampak, lagi penting, apa dia tak nampak. Lori ada berbelas gear? Baru kami tahu!
Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#tekanhabis #podcast #automotive #lori #pilotdarat #trucks

Apr 8, 2025
Apr 8, 2025
1hr 37 min
Minggu ini, kami tanya terus kepada Datuk Shahrol Halmi, Presiden MyEVOC. Beliau dah guna EV lama, dan akan sampaikan pengalamannya sendiri menggunakan EV, serta dari rakan-rakan dalam kelabnya. Nak tahu pengalaman gunakan EV jangka panjang? Ini episod untuk anda!
Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#tekanhabis #podcast #automotive #EV #electricvehicles

Apr 1, 2025
Apr 1, 2025
1hr 30 min
Adakah kereta hibrid pembelian bijak? Atau nak sedapkan hati? Kami tanya Adam Yew, pakar dalam pembaikan kereta Hibrid dari Mili Auto. Apakah perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli hibrid, atau kini adalah pemilik?
Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#tekanhabis #podcast #automotive #hybridvehicles #EV





