Tekan Habis Podcast
Podkas dalam Bahasa Malaysia yang membawa perhatian anda kepada isu-isu automotif. Podkas Tekan Habis dibawakan Thoriq Azmi (Pengarang Kanan Caricarz.my), Irzal Kamal dan Aiman Shuhaimi. Di dalam podkas ini, kami “tekan habis” pelbagai isu berkaitan produk-produk baharu, industri automotif, kepenggunaan dan teknologi terkini.
Podkas Tekan Habis diterbitkan oleh Irzal Kamal bersama hos-hos anda, dan dirakam di Impressions Digital Content Center di Cyberjaya.
Episodes

Nov 12, 2024
Nov 12, 2024
1hr 20 min
Ahmad John, konsultan berani mati dedahkan bagaimana anda boleh ditipu bila beli kereta recon! Dari main harga, iklan palsu, adjust mileage dan macam-macam lagi.
Disebabkan Ahmad John berani, kami pun berani keluarkan episod ini demi kepentingan dan nasib pembeli dan pengguna. Jangan tertipu lagi!
Tonton di YouTube, dengar di Spotify, Apple podcast dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my
#keretaimport

Nov 5, 2024
Nov 5, 2024
1hr 17 min
Team Tekan Habis jawab soalan-soalan dari anda semua dan belajar cara Syammim tentukan apa kereta yang sedap dibawa, dan mitos mitos yang kaki kereta percaya sangat!
Tonton di YouTube, dengar di Spotify, Apple podcast dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my
#podcast #tekanhabis #ride #handling #vehicledynamics #pakar

Oct 29, 2024
Oct 29, 2024
1hr 19 min
GUARD RAIL HIGHWAY DAH LAPUK? SMARTLANE TAK SMART? BOLEH KE BUAT LEBUHRAYA PERCUMA?
Pelbagai isu berkaitan lebuhraya seperti guardrail yang masih lobos lori, laluan Smartlane yang memeningkan, MLFF yang objektif makin pudar dan boleh ke lebuhraya kita bebas tol?
Bersama dengan pakar lebuhraya Datuk Ir Dr Zarulazam Eusofe membincangkan dan juga belajar isu-isu lebuhraya di dalam negara.
Segmen Berita: Proton e.MAS 7, Jaecoo J7 PHEV, MG Cyberster #podcast #tekanhabis #lebuhraya #jalanraya

Oct 22, 2024
Oct 22, 2024
1hr 6 min
Apa habuan industri automotif dalam ucapan Bajet 2025 PMX?
Apa jadi dengan insentif EV? Adakah akan diteruskan?
Subsidi bahan api petrol, siapa yang layak? Cukup ke?
Benarkah PMX ada menyebut solusi penyelesaian last mile?
Team Tekan Habis bersama tetamu undangan, Hans Cheong, pengarang automotif Wapcar mengupas satu persatu bajet tersebut dari konteks automotif negara.
Selain dari itu, dengar pendapat kami tentang Triton terkini dan pelancaran beberapa model terkini dari Stelantis, MPV BYD dan penjualan EV sekarang.
Tonton di YouTube, dengar di Spotify, Apple podcast dan platform kegemaran anda! Podkas Tekan Habis dirakam di Impressions Digital Content Center.
#podcast #tekanhabis #Bajet2025 #Belanjawan2025

Oct 15, 2024
Oct 15, 2024
52 min
Kali ini kami tak ada tetamu, sebab kami nak terangkan kenapa kami buat podkas ini. Pada masa yang sama, kalau ada yang nak jadi wartawan pemotoran, dengar sampai habis dari Hezeri dan Thoriq!
Segmen berita minggu ini: MINI Aceman EV & Cooper S 5 Pintu, Zeekr X & 009, Haval H6 HEV!
Tonton di Youtube, dengarkan di Spotify, Apple podcast dan platform kegemaran anda! Podkas Tekan Habis dirakam di Impressions Digital Content Center.
#podcast #tekanhabis #wartawan

Oct 8, 2024
Oct 8, 2024
1hr 30 min
Hans Cheong, Ketua Kandungan Wapcar berbincang mengenai industri EV di Malaysia, melihat kepada keseluruhan ekosistem industri. Beliau menyentuh aspek penjanaan tenaga, peniaga tempatan, corak penggunaan kereta elektrik, dan banyak lagi!
Tonton di Youtube, dengarkan di Spotify, Apple podcast dan platform kegemaran anda! Podkas Tekan Habis dirakam di Impressions Digital Content Center.
#podcast #tekanhabis #EV #kenderaanelektrik #mobility

Oct 1, 2024
Oct 1, 2024
1hr 6 min
Episod kedua Podkas Tekan Habis menampilkan tetamu jemputan Lando Zawawi, pelakon veteran dan aktivis keselamatan jalanraya, bagi berbincang isu hangat mengenai kualiti dan tahap penyelengaraan jalan raya di Malaysia yang langsung tidak memuaskan. Hezeri Samsuri dan Thoriq Azmi sama-sama mengumpil apa yang cetus kemarahan Lando! Podkas ini dirakam di Impressions Digital Content Center. #podcast #tekanhabis #jalanraya

Sep 24, 2024
Sep 24, 2024
1hr 5 min
Episod pertama Podkas Tekan Habis menampilkan tetamu jemputan Aliff Ahmad dari SCRUT yang menimbulkan beberapa isu pedas berkaitan pusat ujian kenderaan yang kini dibuka kepada semua, bukan lagi hanya Puspakom. Hezeri Samsuri dan Thoriq Azmi sama-sama mengumpil apa yang Aliff tak puas hati!





