Tekan Habis Podcast
Podkas dalam Bahasa Malaysia yang membawa perhatian anda kepada isu-isu automotif. Podkas Tekan Habis dibawakan Thoriq Azmi (Pengarang Kanan Caricarz.my), Irzal Kamal dan Aiman Shuhaimi. Di dalam podkas ini, kami “tekan habis” pelbagai isu berkaitan produk-produk baharu, industri automotif, kepenggunaan dan teknologi terkini.
Podkas Tekan Habis diterbitkan oleh Irzal Kamal bersama hos-hos anda, dan dirakam di Impressions Digital Content Center di Cyberjaya.
Episodes

7 days ago
7 days ago
Banyak penceritaan tentang servis kenderaan dari perspektif pomen, tapi episod ini datang dari sudut pembekal peralatan bengkel. Kami bersama Daryl Yap dari Unipac Engineering, pembekal peralatan dan mesin bengkel yang telah beroperasi lebih 5 dekad!
Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast”
Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#podcast #tekanhabispodcast #automotive #engineering #workshop #bengkel #keselamatan #jalanraya

Tuesday Feb 17, 2026
Tuesday Feb 17, 2026
Kalau berhasrat nak gunakan motosikal, sama ada sebagai hobi elak kesesakan lalu lintas, atau nak pergi ke surau - ini episod untuk anda.
Kami bersama Kazuto sekali lagi untuk leraikan jenis-jenis motosikal di pasaran secara umum, untuk anda faham dan sediakan cadangan pelaksanaan untuk menteri dalam negeri anda.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai dan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan!
Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast”
Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#podcast #tekanhabispodcast #automotive #engineering #motosikal #keselamatan #jalanraya
CHAPTERS
0:00 Intro4:15 Proton S70 Dengan Enjin 4 Silinder Lancar!5:41 MForce Lancar CFMoto Papio Racer6:57 QJMotor ATX250 dan ATX250X Dilancarkan!8:43 Stellantis Mula Pemasangan Peugeot 408, Eksport ke Taiwan11:19 GWM Wey G9 Terima 800 Tempahan Dalam Minggu Pertama11:53 Honda Malaysia Umum 6 Model Untuk Tahun 2026!15:24 Hyundai Umum Model-Model Yang Dipasang Tempatan20:06 Chery Bakal Lancar 5 Model Tahun 202623:28 Motosikal Kapcai39:59 Skuter54:08 Motosikal Standard, atau “Naked Bike”1:02:11 Motosikal Adventure1:12:42 Motosikal Sport1:22:18 Motosikal “Cruiser”1:31:26 Peralatan Keselamatan Motosikal

Tuesday Feb 10, 2026
Tuesday Feb 10, 2026
Dengan pelancaran pelbagai model PHEV tahun ini dan yang lepas, kami kupas kembali perkara-perkara yang anda perlu tahu tentang kenderaan hibrid. Kita tak guna hibrid semata-mata, tapi ada gerakan besar yang menyebabkan semua ini diperkenalkan ke pasaran.Apa yang sedang berlaku, sampai perlu ada PHEV dan EV? Apa risiko guna hibrid? Sedap ke bawak hibrid?
Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast”
Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#podcast #tekanhabispodcast #automotive #engineering #hybrids #keselamatan #jalanraya

Tuesday Feb 03, 2026
Tuesday Feb 03, 2026
Episod Q&A bulanan kembali membincangkan komen-komen mengenai tanggungjawab pengeluar dalam menguruskan akhir hayat bateri, dan juga satu soalan unik tentang habuk tayar yang akan diulas oleh Dr. Edwin sendiri!
Kami juga mengulas lorong memotong, kelas memandu, penggunaan bahasa Malaysia secara teknikal dan lain-lain! Terima kasih di atas soalan anda yang padu! Teruskan komen anda!
Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast”
Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#podcast #tekanhabispodcast #automotive #engineering #undangundang #keselamatan #jalanraya

Tuesday Jan 27, 2026
Tuesday Jan 27, 2026
Kak Anita Yusof baru pulang ke Malaysia bulan lepas, macam keluar “time zone”, baru nak alami Budi95, Smartlane pun baru nak kenal. Tapi kami bukan hanya tanya tentang negara-negara yang dilalui, tapi kami nak tahu, pemandu dan undang-undang di luar negara ni macam mana kalau dibandingkan dengan Malaysia tercinta?
Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast”
Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#podcast #tekanhabispodcast #automotive #riding #undangundang #keselamatan #jalanraya

Tuesday Jan 20, 2026
Tuesday Jan 20, 2026
Walaupun teknologi kenderaan pandu sendiri menarik, kami teragak-agak nak ulas. Jadi sebelum kami ulas tentang teknologi, Kami kupas prinsip-prinsip yang perlu dilihat sebelum kita sampai ke autonomi penuh!
Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast”
Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#podcast #tekanhabispodcast #automotive #autonomous #driving #industry #engineering #malaysia #2026

Tuesday Jan 13, 2026
Tuesday Jan 13, 2026
Episod kali ini membawakan pengeluar komponen kereta atau “vendor” kedua kami! Kami temubual En. Salleh Jani dari Sapura Industrial Berhad dan Mili EV Hybrid tentang ekosistem vendor di Malaysia, dan juga pandangan dari bengkel EV dan hibrid bebas!
Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast”
Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#podcast #tekanhabispodcast #automotive #ElectricVehicles #industry #engineering #EV #malaysia #2026
Pautan: https://milievhybrid.com/

Tuesday Jan 06, 2026
Tuesday Jan 06, 2026
Komen dari komuniti Tekan Habis ditonjolkan sekali lagi dalam episod pertama tahun baru. Cadangan membina pengecas EV di masjid, dan ulasan tentang pemonopoli lorong, internet 5G, bas mini dan banyak lagi!
Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast”
Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#podcast #tekanhabispodcast #automotive #ElectricVehicles #industry #engineering #EV #malaysia #2026

Tuesday Dec 30, 2025
Tuesday Dec 30, 2025
Episod terakhir untuk tahun 2025 melihat kepada kejayaan dan cabaran tahun ini. Apakah yang berlaku sepanjang 2025? Jenama mana menyinar dan apa akan jadi pada EV pada tahun hadapan? Bersama Shamsul Yunos dari Elektronikar dan Chips Yap dari MotaAuto.com
Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast”
Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#podcast #tekanhabispodcast #automotive #ElectricVehicles #industry #engineering #EV #malaysia #2025 #2026
Pautan:
elektronikar.com
MotaAuto.com

Tuesday Dec 23, 2025
Tuesday Dec 23, 2025
Selam Rinci rupanya terjemahan dari “Deep Dive”! Kami selam tentang takrifan yang amat kompleks apa itu CKD, SKD dan lokalisasi (localization). Kami juga bayar hutang, dan menjawab soalan dan komen anda yang kami tak sempat jawab dalam episod bersama Dr. Che sebelum ini.
Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast”
Senarai siaran penuh di tekanhabis.my.
#podcast #tekanhabispodcast #automotive #ElectricVehicles #tqwuling #bingoev #peroduatraz #kabinet #selamrinci #QnA






